KOMUNITI

 

PENDIDIKAN

Sebagai sebuah syarikat korporat yang prihatin, PNB juga berhasrat untuk membangunkan generasi profesional berkaliber tinggi pada masa hadapan dengan menyediakan akses kepada pendidikan bermutu untuk bakat muda yang layak.

BIASISWA

Program biasiswa kami memberi peluang kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian di universiti awam, universiti swasta terpilih serta universiti terkemuka di luar negara.




YAYASAN TUN ISMAIL MOHAMED ALI (YTI)

Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI) menerima dan mentadbir dana untuk tujuan biasiswa, menubuhkan Kursi Professorial di universiti-universiti tempatan, membiayai aktiviti berteraskan pendidikan seperti Geran penyelidikan, serta untuk tujuan amal. Melalui Kursi Professorial, YTI turut menganjurkan aktiviti bercorak perkongsian ilmu seperti program syarahan YTI dan penerbitan buku.

INISIATIF AKAUNTAN BERTAULIAH PNB (PCA)

PNB bekerjasama dengan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB), INTEC Education College dan Ernst & Young Malaysia untuk menghasilkan lebih ramai akauntan bertauliah Bumiputera menjelang 2022.


PROGRAM BANTUAN UNTUK PENDIDIKAN PNB (BUDI)

Program tajaan pendidikan untuk pelajar golongan Asnaf (B40) yang mengikuti pengajian menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terpilih seluruh negara, serta pengajian Asasi, Ijazah Sarjana Muda & kursus-kursus Perakaunan Professional di Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).

Hubungi Jabatan Pendidikan kami untuk sebarang pertanyaan mengenai program profesional dan biasiswa.

HUBUNGI KAMI