UNIT AMANAH

 

AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD

Syarikat unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini ditubuhkan pada 22 Mei 1979 untuk menguruskan dana-dana yang dilancarkan oleh PNB. Setelah lebih 40 tahun berada dalam industri, ASNB kini mengurus 14 dana unit amanah bernilai lebih RM300 billion dengan jumlah pemegang unit melebihi 14 juta.

ASNB menawarkan dana unit amanah harga tetap iaitu ASB, ASB2, ASB 3 Didik, ASM, ASM 2 Wawasan dan ASM 3 serta unit amanah harga berubah iaitu ASN, ASN Equity 2, ASN Equity 3, ASN Equity 5, ASN Imbang 1, ASN Imbang 2, ASN Sara 1 dan ASN Sara 2, sebagai instrumen pelaburan untuk membantu masyarakat Malaysia rancang keperluan kewangan masa depan mereka.

ASNB juga menyediakan rangkaian saluran yang meluas bagi kemudahan pelabur membuat transaksi yang terdiri dari 32 pejabat cawangan ASNB, lebih 2,600 cawangan ejen seluruh negara dan saluran atas talian di portal dan aplikasi mudah alih myASNB, kemudahan perbankan internet ejen ASNB iaitu Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Now dan Affinonline serta kemudahan membuat pelaburan tambahan di semua mesin ATM Maybank.



LAYARI ASNB

myASNB

myASNB adalah portal pelaburan yang disediakan oleh ASNB untuk kemudahan pemegang unit ASNB membuat transaksi secara atas talian yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terkini. Portal myASNB juga disediakan dalam bentuk aplikasi mudah alih.

Perkhidmatan yang disediakan di portal myASNB:

  • Tambah pelaburan terus daripada akaun bank anda
  • Semak rekod urus niaga dan baki pelaburan terkini
  • Kemas kini maklumat peribadi
  • Mengurus akaun pelaburan Akaun Bijak/Remaja anak anda
  • Perkhidmatan pelaburan bulanan automatik melalui Auto Labur


LAYARI MYASNB

Prospektus induk tabung unit amanah ASNB bertarikh 30 Jun 2017, serta prospektus tambahan bertarikh 15 Disember 2017, 1 April, 9 Julai, 14 September 2018 dan 2 Januari 2019 (“Prospektus”) dan ASN Equity 5 dan ASN Sara (Mixed Asset Conservative) 2 bertarikh 18 September 2018 (“Prospektus”) telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Sila baca dan fahami kandungan Prospektus tersebut bersama Halaman Serlahan Produk yang terdapat di laman sesawang, cawangan dan ejen ASNB. Unit akan diterbitkan setelah penerimaan borang pendaftaran yang merujuk dan mengiringi Prospektus tersebut. Sebelum melabur, sila pertimbangkan risiko pelaburan serta yuran dan caj yang dikenakan. Harga unit dan pengagihan pendapatan, jika ada, mungkin turun atau naik. Prestasi masa lalu tabung bukan jaminan prestasi masa hadapan.