PELABURAN KAMI

 

PELABURAN EKUITI AWAM

Sebagai institusi pelaburan utama di Malaysia, PNB mematuhi tahap tadbir urus yang tertinggi dan berusaha untuk melibatkan syarikat-syarikat pelaburan dan pemegang kepentingan utama dalam menjana penciptaan nilai jangka panjang yang mampan.

Syarikat-syarikat pelaburan di mana PNB dan dana-dana unit amanah di bawah pengurusannya memegang saham majoriti atau pegangan tunggal terbesar diklasifikasikan sebagai syarikat Strategik, sementara syarikat dengan kepentingan melebihi 10% atau bernilai lebih dari RM1 bilion diklasifikasikan sebagai syarikat Teras.

Sebagai antara pelabur institusi terbesar, PNB menjalankan tanggungjawab pengawasan untuk memastikan syarikat- syarikat pelaburannya mengamalkan tadbir urus korporat yang cekap untuk mencapai nilai pemegang saham jangka panjang yang mampan. PNB telah mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan ketelusan yang membawa kepada peningkatan akauntabiliti, dan pada masa yang sama memastikan semua keputusan dibuat secara objektif, dan isu-isu berkaitan tadbir urus ditangani sewajarnya.

Rangka Kerja Tadbir Urus Syarikat-Syarikat Pelaburan PNB
Saranan dan aspirasi PNB untuk syarikat-syarikat pelaburannya

Selaku ahli Institutional Investor Council Malaysia (IIC), bersama dengan pelabur institusi yang lain, PNB menyokong agenda IIC dalam mempromosikan tanggungjawab pengawasan yang efektif dan amalan tadbir urus yang cekap dan menjadi penandatangan Malaysian Code for Institutional Investors.

PNB menggunapakai prinsip tadbir urus korporat berikut dan garis panduan pengundian dalam memantau tata urus syarikat-syarikat pelaburannya yang berperanan sebagai garis panduan dalam menjalankan hak mengundi di mesyuarat agung. Untuk maklumat lanjut, klik di sini Voting Guidelines of PNB.

Antara Syarikat-Syarikat Teras